Saturday 11 December 2010

Result Sem3 G38.

TAHNIAH!

Tahniah kepada student-student group 38 sebab dapat result yg sangat memuaskan untuk Semester 3. 
Tahniah kepada Vinci sebab dapat high distinction dan tak lupa kepada para-para distinction yg tak dapat nak mention sebab ramai.
Tahniah kepada anda-anda semua.
 Group 38 dah ada peningkatan.
Harap-harap kita semua dapat maintain kan apa yg kita dapat sekarang.
Kalau boleh, biar semua dapat distinction.
InsyaAllah...

Semoga untuk Special Semester 3 ni kita semua dapat buat yg terbaik dalam kelas ok?

subject
GIT
Communicable Disease & Parasitology
Gerantology
OSCE
.
.
Clinical Posting


pssst
Jangan lupa study!
Oups dan jangan tido di dalam kelas ye?

SEMOGA BERJAYA!





ENTRY INI THIRTYEIGHT YANG PUNYE

Friday 3 December 2010

semester 3 punya cerita

salam sume38 sekalian.. hari ni kita sume dapat result semester 3 kan ? Alhamdulillah, result super duper memuaskan.. makin ramai dapat distinction, makin sikit yang kena resit.. ni satu perubahan yang AMAT besar kan kawan kawan ?

semester 3 kita sume kat JB.. susah senang kita bersama.. study bagai nak hancur kepala otak walaupun asyik tido dalam kelas.. keluar kelas nak rebut rebut lif, siap ikut tangga lagi semata nak kejar bas.. haha, tapi itu sume kenangan..

kita memang nakal.. tapi kita tak jahat.. senakal nakal kita pun, result gempak duh ! kalau kawan kawan perasan, madam selalu cakap kita tak berubah.. tapi sejak semester 2 kita dah start berubah kan.. lagi gempak bila semster 3 punya result keluar... madam, 38 dah banyak berubah..

lagi satu, setiap subjek yang madam anita ajar, 100% pass.. walaupun macam tak sangka, tapi tu lah hakikatnya.. cewah ! hahaha..

k, nk out.. bubbye


ENTRY INI THIRTYEIGHT YANG PUNYE

Tuesday 31 August 2010

Apabila thirtyeight muncul lagi


Untuk kesekian kalinya, thirtyeight telah berjaya ada video yang Vogue gitu. Eh tak best guna ayat vogue. Cam makcik2 yang bajet daten pakai tudung separuh dengan gelang emas2 yang tak boleh blah. Maka,baik guna ayat VIDEO THIRTYEIGHT YANG GEMPAK DUH! BERGABONG! MELETUP! Baru oke kan? 

Hah! Macam ni laa thirtyeight. Kamu takkan sangka betapa GEMPAK ! nya mereka. Jangan kamu pandang pada konflik persahabatan yang kecik dalam group ni,kamu akan rasa thirtyeight tak bergabung.  Jadi,baik kamu buat2 taktahu pada konflik kecik tuh kerana itu semua pasang surut dalam persahabatan. Biasalah, sebagai  student mesti ada 'peer pressure'. Sila pandang pada perkara perkara POSITIF yang kamu boleh dapat dalam thirtyeight. Apa thirtyeight telah buat? Sekurang-kurangnya thirtyeight pernah sanggup berpindah ke kolej kat JB  lama2 dari kolej yang kat Nilai hampir setengah tahun semata2 nak bagi chance kat group lain kat Nilai untuk ada kelas. Kira thirtyeight ni paling lama laa yang boleh berpindah dari kolej kat Nilai jauh-jauh walaupun pada mulanya tak sanggup. Apa2 pun,kat JB ni laa thirtyeight banyak belajar macam2. Betul kata orang,makin jauh perjalanan makin luas pengetahuan. 

Memang ada sebilangan dari thirtyeight yang tak sabar nak balik kat kolej yang kat Nilai. Tipu laa kalau ada dalam thirtyeight yang tak rindu belajar dalam audi,yang tak rindu tawar menawar dengan abang indon kat Ko-Op kolej semata-mata taknak bayar 50sen masa nak topap,rindu kat skill lab dengan setiap nurse Instructor masing masing,mesti ada yang rindu kat library sana sebab lebih banyak info dan macam2 lagilah thirtyeight akan rindu kat kolej yang kat Nilai. Begitu gak dengan PPE bagi thirtyeight perempuan.

     Bila kat Mantin lak,rindu nak bangun pagi naik bas ramai2 dengan course atau group lain,rindu nak main buaian malam2 sambil kira bintang,rindu nak makan nasi bujang kat kedai Iwan AF,mesti ada yang rindu gak nak curi2 masuk Lagenda College untuk cocok duit sambil usha abang2 yang ala2 'usher' atau ala2 'beyonce' kat situ,yang paling rindu bila pergi pasar malam kat Mantin pada setiap malam Rabu, dan macam2 lagi yang thirtyeight sedang rindu. Eh,tak lupa gak bagi yang ada mata air kat Mantin dan rindu nak date malam2 kat Mantin seperti dulu. Mungkin thirtyeight sedang merindui semua itu.

Kat video ni banyak merakam kenangan Thirtyeight kat JB.Maka sebelum balik Nilai maka mari kita mengingatkan semula detik2 indah yang dikongsi bersama oleh thirtyeight kat JB ni. Ni video yang pertama kali disiapkan pada hari Ahad , 22 OGOS 2010 yang dibuat susah payah . Bukan senang nak cari gambar sesuai,nak betul2kan timing setiap moving gambar dalam video ni,nak cari lagu2 untuk dimuatkan dalam video ni. Tuh tak termasuk lagi beliau bersusah payah jadi camerawoman pada hari kejadian. Maka,thirtyeight perlu laa berterima kasih banyak2 kat Cik wafa dinosaur =)


LOADING. . . 
.
10%
.
.
70%
.
100%

THIRTYEIGHT PRESENTING
OUR OFFICIAL GROUP VIDEO:




Video has been created by: Wafa Dinosaur
Entry posted by: DOT DOT DOT


ENTRY INI THIRTYEIGHT YANG PUNYE

Sunday 22 August 2010

2 minggu lagi untuk pergi.

Yes! Tinggal 2 minggu lagi untuk thirtyeight pulang ke kampung halaman. Thirtyeight akan bercuti 3 minggu time raya. Akhirnya semua sambung praktikal semester 3 selama 2 bulan. 


Dalam 2 minggu ni la thirtyeight perlu berdepan dengan pelbagai peperiksaan untuk semester 3 ni. Tak sangka bukan ? Sekejap benar masa berlalu time semester 3 kat JB ni. Macam2 perkara yang terjadi. Tapi thirtyeight tetap thirtyeight oke ? Kene bersatu padu. Sama naikkan nama thirtyeight balik supaya management kat kolej Nilai mahupun JB takkan pandang rendah kat thirtyeight lagi. 

ENTRY INI THIRTYEIGHT YANG PUNYE

Friday 6 August 2010

Meaning of thirtyeight :)

Oke. Ini adalah pertama kalinya and maybe lain dari yang lain. 

Thirtyeight ada blog sendiri ?


 And blog ini akan cerita semua kegiatan thirtyeight. Maka,bersedialah semua. :) 

Thirtyeight tu apa?
Thirtyeight tu kalau diterjemah dalam bahasa melayunya tiga puluh lapan
Kalau diconvertkan dalam bentuk nombor lak, jadilah 38 oke ? Dah faham bukan . . 
Senang je kan. Thirtyeight ni adalah satu kumpulan yang dilahirkan pada 4mei2009 kat sebuah kolej jururawat persendirian under KPJ. Mereka pada mulanya terdiri dalam 150 orang tapi semakin hari semakin berkurangan atas sebab2 tertentu dan sekarang hanya tinggal 134 orang. 

Thirtyeight:
sebuah kumpulan pelajar dalam bidang kejururawatan. Untuk pengetahuan umum juga,thirtyeight terdiri dari mereka yang berumur 19 hingga 24 tahun. Hampir kesemuanya terdiri dari kalangan wanita,tapi lelaki hanya 14 orang dalam kumpulan ini. Inilah serba sedikit tentang thirtyeight. Thirtyeight bukan terdiri dalam sebarangan orang je. Sebab ahli2nya lain dari yang lain :)

Inilah thirtyeight atau lebih dikenali sebagai group 38!




ENTRY INI THIRTYEIGHT YANG PUNYE