Friday 4 May 2012

Happy anniversary THIRTYEIGHT !



Assalamualaikum. Holaaa ! Lama kami tak update blog ni kan. Sebenarnya kami, thirtyeight tengah busy sangat dengan final kami ni. (Eh busy ler sangat?) Jeng jeng jeng. Tapi hari ini 4 MEI 2012 merupakan anniversary kami yang ketiga. Yeah. Untuk pengetahuan am anda, kami dah tiga tahun bersama. Suka duka kami lalui bersama. Manis, pahit, masam, kelat, pedas semua ada. Kalau semua tu digaulkan macam makanan. Peh ~ memang rasa makanan tu kurang sedap beb. Tapi tu la lumrah kehidupan kan kan ? Hidup ini tak pernah manisnya sampai mati. Tak pernah pahitnya sampai mati. Mesti ada manis. Ada pahit dan lain lain yang kita akan rasa sepanjang hidup kita ni. Tak kira la kita ni anak raja ke, anak si papa kedana ke. Kita tetap akan rasa semua tu.

(Eh macam dah lari tajuk je) -___-!

Okay kengkawan sekalian alam ! Nak tau tak 13 JUN 2012 ni merupakan tarikh kami menduduki LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA (LJM) dan pada hari keesokannya, 14 JUN 2012 tu la tarikh terakhir kami semua bersama. Selepas 14 JUN 2012, kami akan memulakan hidup masing masing yang baru. Maka,bermulalah perjalanan baru dalam hidup kami. Kehidupan sebagai seorang staff nurse pulak. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan kami dan kami akan sama sama menjadi staff nurse yang berjaya kelak.

Anyway, HAPPY ANNIVERSARY UNTUK THIRTYEIGHT ! Ni untuk yang ketiga tahun. Tak sangka tak sangka. GOOD LUCK gak untuk yang bakal resit paper kedua nanti. Semoga semua berjaya dengan cemerlang ! Amin :)









ENTRY INI THIRTYEIGHT YANG PUNYE

No comments: